...ASSALAMUA'LAIKUM...

...sudi-sudikan memurnikan blog ini...

Isnin, 12 Oktober 2009

Taklimat Bidang Tugas Guru Pemulihan Khas Daerah Kinta Utara 2009

8 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu, Panitia Pemulihan Khas Kinta Utara telah mengadakan taklimat kepada guru-guru pemulihan yang baru. Saya sebagai setiausaha juga turut menghadiri taklimat tersebut. Banyak informasi dan maklumat yang saya dapat setelah menghadiri taklimat tersebut. Walaupun saya dah mengajar murid-murid pemulihan ini hampir 5 tahun namun byk juga perkara yang saya tidak ketahui. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Rabitah bt. Abdul Majid (Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Kinta). Guru besar sekolah saya, Encik Mohammad Rosli b. Jaafar selaku Pengerusi Panitia Pemulihan Khas Daerah Kinta Utara juga turut menghadiri taklimat tersebut. Beliau berharap agar dengan penerangan dan pendedahan yang diberikan dapat meningkatkan semangat guru untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan