...ASSALAMUA'LAIKUM...

...sudi-sudikan memurnikan blog ini...

Isnin, 17 Ogos 2009

Program Pemulihan Khas

Baru-baru ni, saya telah dipanggil ke PPD. Saya telah diarahkan untuk membuat kertas kerja untuk satu program yang perlu melibatkan muri pemulihan. Sebanyak 10 kelompok sekolah di daerah Kinta Utara akan turut serta. Masalahnya sekarang ni, saya masih tak tahu apa program atau pertandingan yang sesuai dijalankan. Saya buntu... Saya dah tanya ramai cikgu tentang pertandingan yang sesuai untuk program tu. Harap-harap dalam mas terdekat ni, saya dapat merancang sesuatu yang sesuai untuk murid pemulihan. Sekiranya sesiapa yang terbaca tentang kebuntuan saya ini dan ingin membantu, saya alu-alukan cadangan dari anda..

Ujian Standard Pelepasan Fasa 2 PeT1

Hari ini, saya telah jalankan ujian untuk murid pemulihan sekolah saya. Ujian ini dinamakan Ujian Standard Pelepasan untuk murid pemulihan tahun 3 dan tahun 2. Nampaknya tak ada seorang pun akan lulus ujian ini. Murid pemulihan saya masih terlalu lemah dalam menguasai kemahiran asas menulis dan membaca. Walau bagaimanapun, saya akan tetap berusaha agar murid-murid saya dapat menguasai kemahiran 3M itu.
Semoga Allah merestui usaha saya ini......

Jumaat, 14 Ogos 2009

Blog Baru..

Selamat datang..
Harap sudi memurnikan blog ini agar lebih menarik...