...ASSALAMUA'LAIKUM...

...sudi-sudikan memurnikan blog ini...

Isnin, 12 Oktober 2009

Ganjaran..





Setelah Ujian Standard Pelepasan PeT1 Fasa 2 selesai dijalankan, 7 orang murid telah berjaya mencapai wajaran yang ditetapkan dan akan belajar semula di kelas aliran perdana. Sedikit cenderahati diberikan kepada mereka sebagai ganjaran terhadap usaha mereka yang gigih itu. Cenderahati tersebut telah disampaikan oleh Penyelia Petang SKHMC, Puan Warnizan bt. Nordin dalam satu majlis ringkas. Sedikit amanat telah disampaikan oleh beliau sebagai motivasi kepada murid-murid ini. Harapan saya semoga selepas ini anak-anak didik saya di kelas pemulihan lebih rajin dan bersungguh-sungguh untuk belajar.
Tahniah buat yang berjaya.....







Kelas Pemulihan SKHMC

Inilah Kelas Pemulihan Khas SKHMC 2009 selepas pengubahsuaian dilakukan.














Taklimat Bidang Tugas Guru Pemulihan Khas Daerah Kinta Utara 2009

8 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu, Panitia Pemulihan Khas Kinta Utara telah mengadakan taklimat kepada guru-guru pemulihan yang baru. Saya sebagai setiausaha juga turut menghadiri taklimat tersebut. Banyak informasi dan maklumat yang saya dapat setelah menghadiri taklimat tersebut. Walaupun saya dah mengajar murid-murid pemulihan ini hampir 5 tahun namun byk juga perkara yang saya tidak ketahui. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Rabitah bt. Abdul Majid (Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Kinta). Guru besar sekolah saya, Encik Mohammad Rosli b. Jaafar selaku Pengerusi Panitia Pemulihan Khas Daerah Kinta Utara juga turut menghadiri taklimat tersebut. Beliau berharap agar dengan penerangan dan pendedahan yang diberikan dapat meningkatkan semangat guru untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M.